KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyifatkan pindaan Auku yang baru sahaja diumumkan dibuat untuk mengukuhkan cengkaman Barisan Nasional ke atas institusi pendidikan di negara ini.
“Pindaan yang dicadankan kerajaan berniat jahat, tempang dan dirangka untuk mengekalkan cengkaman Barisan Nasional ke atas pelajar universiti, staf akademik dan pentadbiran serta peranan universiti dan institut pengajian tinggi.
“Perdana Menteri sekali lagi mengumumkan reformasi palsu untuk mententeramkan rakyat yang mahukan kebebasan dan menipu pelajar yang mereka kini kononnya bebas daripada tekanan Auku.
“Untuk autonomi universiti yang sebenar dan kebebasan pelajar, Auku yang bersifat menindas dan tidak perlu itu perlu dihapuskan sepenuhnya,” kata Surendran.
Berhujah lanjut, Surendran berkata antara pindaan yang langsung tidak disentuh dalam pindaan itu adalah Seksyen 3 dan 4 yang memberikan kuasa kepada kerajaan untuk masuk campur dan menekan universiti kita.
“Semangat dan niat Auku sama sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan standard antarabangsa, termasuklah prinsip-prinsip UNESCO.
“Paling merisaukan, pindaan itu langsung tidak melindungi pentadbir universiti dan pensyarah dari gangguan dan campur tangan kerajaan,” kata Surendran.
Surendran turut mengkritik tindakan kerajaan yang menghalang aktiviti politik di dalam kampus. Menurutnya, larangan itu adalah bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan standard antarabangsa iaitu Artikel 19 UDHR.
Keengganan kerajaan menarik balik rayuan dalam kes UKM4 juga kata Surendran adalah bukti jelas keengganan kerajaan untuk menegakkan hak asasi rakyat kepada kebebasan.
Justeru, beliau mahu kerajaan berhenti menipu rakyat dengan memberikan reformasi palsu sebegini.
Sebaliknya, kata Surendran, kerajaan perlu menghapuskan terus Auku dan mana-mana peraturan yang tidak konsisten dengan kebeasan asasi rakyat.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohamed Khaled Nordin 6 Disember lalu berkata satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi mengkaji pindaan terhadap Auku.
Pindaan itu menurut Khaled akan memberi fokus untuk membenarkan pelajar berusia 21 tahun ke atas untuk terlibat dalam politik.
Namun, mereka yang terlibat dalam politik tidak dibenarkan membawa masuk elemen politik ke dalam kawasan kampus.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.