10 Dec 2011

Berhentilah memperbodohkan diri sendiri dan berusahalah, Ngeh kata kpd Zambry

Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham mengkritik Zambry kadir, Menteri besar Perak kerana cuba mencipta masalah untuk Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming kerana meggali semula komen yang dibuat Nga Kor Ming di senuah ceramah politik yang dihadiri beliau lebih kurang 3 bulan lalu.
Berhentilah memperbodohkan diri sendiri dan berusahalah, Ngeh kata kpd Zambry “Daripada memperbodohkan diri sendiri dan juga negeri, Zambry seharusnya berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat dan membaikpulih talian komunikasi di bangunan kerajaan Negeri termasuk pejabat pengarah tanah dan lombong.” Beritahu Ngeh kepada Malaysia Chronicle.
Talian komunikasi di seluruh kompleks pentadbiran kerajaan dan pejabat tanah telah rosak sejak tiga minggu lalu, dengan Zambry gagal menyelesaikan isu tersebut.
Walaubagaimanapun, ahli Parlimen UMNO Pangkor itu masih mempunyai masa untuk membuat serangan ke atas musuh beliau, Kor Ming dengan menuduh Kor Ming memperkotak-katikkan negeri dan istana dengan memangil Perak sebagai ‘DArul Kartun’.
Kor Ming mengeluarkan nama itu untuk membayangkan situasi aneh yang berlaku setelah rampasan kuasa dibuat oleh PM Najib Razak pada tahun 2009 yang menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui MB Pas Nizar Jamaluddin.

Rampasan kuasa yang akan menghantui Najib untuk satu masa yang lama

Sememangnya ia satu rampasan kuasa yang akan menghantui Najib untuk satu jangkamasa yang lama. Walaupun dari awal beliau telah di beri amaran bahawa ia tidak akan diterima oleh rakyat Perak yang mahu memberi peluang kepada Pakatan untuk mentadbir tetapi Najib tidak mengendahkan kehendak rakyat kerana ingin mengagumkan parti Umnonya.
Pungutan suara terbaru menunjukkan bahawa BN berada di bawah Pakatan dari segi populariti di Perak dan peluang Nizar dan kumpulan beliau untuk kembali dipilih adalah cerah.
Pada Febuari 2009, Najib, PM yang dilantik dan sepatutnya mengambil alih daripada Abdullah Badawi pada bulan April. Tetapi, lebih daripada 2 tahun telah berlalu dan Zambry masih belum dapat serasi dengan rakyat Perak mahupun rakan Umno beliau yang amat membenci keangkuhannya.
Spekulasi sekarang adalah Zambry akan digugurkan semasa pilihanraya nanti dan digantikan dengan sama ada Tajol Rosli atau seorang lagi bekas MB Perak, Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi ataupun, Menteri Kewangan kedua, Ahmad Husni Hanadziah.
Tidak hairanlah Zambry mencari gaduh semula dengan Kor Ming.
“Beliau bukan sahaja menghina saya dengan memanggil saya metalik hitam tetapi juga telah menghina istana dengan memanggil negeri ini ‘Darul Kartun’,” Zambry memberitahu media.
“Nama negeri ini ialah Perak Darul Ridzuan, yang bermaksud keredhaan tetapi beliau telah tukar ia dengan Perak Darul Kartun semasa ceramah. Biar sahaja rakyat yang mengadili ahli politik jenis apakah beliau.”
Kurang sopan kerana metalik hitam

Zambry merujuk kepada ceramah di mana Kor Ming telah memanggil beliau MB hitam metalik, dengan merujuk kepada Hari Satu Malaysia Hitam semasa Perak masih lagi kecoh dengan rampasan kuasa dan Toyota Camry hitam Nizar dengan nombor pendaftaran AGS 10 menjadi ikon perjuangan Pakatan di Perak.
Walaubagaimanapun, ramai termasuk orang India di Malaysia salah anggap bahawa ia merujuk kepada warna kulit mereka dan menuduh Kor Ming sebagai seorang yang bersikap perkauman. Salah seorang daripada pemimpin DAP , Kor Ming telahpun memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia termasuk Zambry.
Walaubagaimanapun, Zambry yang kurang sopan itu tidak berpuas hati. Menurut MB itu, Kor Ming tidak pernah memohon maaf pada dasarnya.
Pemimpin pakatan menyelar Zambry kerana cuba memperbesarkan isu kecil.
“Permohonan maaf adalah permohonan maaf dan Kor Ming telahpun membuat kenyataan bertulis untuk semua lihat. Beliau meminta maaf kepada Zambry untuk komen hitam metalik tetapi sejak bila pula permohonan maaf itu harus terima Zambry sebagai MB? Itu sesuatu yang tak masuk akal dan menunjukkan betapa rendahnya mentaliti Zambry,” kata Timbalan Presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.
Pakatan menganggap beliau sebagai MB haram tetapi, itu tidak bermaksud kami menidakkan hak asasi beliau. Daripada meminta rakyat mengadili Kor Ming, saya yakin rakyat Perak akan mengadili beliau dan menyingkirkannya pada PRU 13 nanti.”
Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.