Setelah menjadi tumpuan utama didalam negara, ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah memutuskan untuk menerima cabaran debat dari pengarah strategi PKR Rafizi Ramli. Namun begitu, dia akan memastikan ada jalan keluar untuk menyelamatkan dirinya jika keadaan tidak boleh dikawal lagi.
“Sememangnya saya sudah bersedia. Cuma tunggu masa sahaja tapi Perhimpunan Agung Umno akan berlangsung tak lama lagi,” Khairy berkata kepada siding media di lobi Parlimen pada hari Rabu.
Salah urus yang memeranjatkan
Perdebetan adalah mengenai kemelut penyelewengan RM250 juta dibawah projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC). Sebuah projek kerajaan persekutuan yang bertujuan meningkatkan bekalan pengeluaran daging lembu negara, PKR telah untuk beberapa minggu mendedahkan penipuan di dalam projek itu yang diurus oleh ahli keluarga ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil.
Rafizi beserta rakan-rakan sekerja yang lain termasuk ahli parlimen Ampang Zuraida Kamarduddin and Machang Saifuddin Nasution telah mendedahkan salah urus kewangan yang memeranjatkan. Ini termasuk penyaluran RM83 juta dari NFC ke dalam firma-firma kepunyaan keluarga Shahrizat.
Yang paling mengejutkan adalah penggunaan dana NFC bagi pembelian kondominium mewah berharga RM10 di Bangsar dan percutian berbayar sebanyak RM800 000 untuk keluarga Senator tersebut ke luar Negara.
Shahrizat telah menafikan bahwa keluarganya telah melakukan kesalahan justeru menuduh PKR berkomplot untuk mencalarkan imej Wanita Umno. Sebilangan pemimpin Umno beriya-iya mempertahankan Shahrizat termasuk Perdana Menteri Najib Razak, menteri Pertanian Noh Omar dan Khairy.
Khairy melampau
Khairy bahkan cuba menjustifikasikan pembelian kondominium sebagai satu pelaburan jangka pendek untuk membolehkan NFC menuai hasil yang lebih tinggi. Dia bagaimanapun tidak menyentuh apa yang akan berlaku jika harga hartanah merundum dan siapa yang akan bertanggungjawab untuk kerugian wang rakyat.
Komen-komen lucu Khairy telah mengundang teguran tajam dari pemerhati politik serta pakar pelaburan. Ini menguatkan keinginan Rafizi untuk mencabar Khairy dalam perdebatan. Tetapi, akan dijangkakan Khairy akan akhirnya memberi beberapa alasan untuk melengahkan cabaran itu sebaik sahaja kurang perhatian diberi pada isu itu.
Dalam pada itu, bapa mertua Khairy, mantan perdana menteri Abdullah Badawi dan juga timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin telah secara terbuka membuat pendirian bahawa Shahrizat tidak perlu letak jawatan.
“Tanyalah pada individu yang terlibat. Apa kena mengena dengan Sharizat? Itu suami dia, bukan Shahrizat, jadi tak perlu tanya dia. Kalau Sharizat itu CEO boleh lah. Tapi isu ini tidak membabitkan Sharizat jadi tidak adil jika dia dikaitkan sama,” Kata Badawi kepada pemberita kelmarin.

Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.