14 Jan 2012

Undi Pakatan Rakyat sebelum Malaysia bankrap

 
 

Mat Sabu: Undi Pakatan Rakyat sebelum Malaysia bankrapALOR SETAR- Seluruh rakyat negara ini diingatkan agar jangan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat setelah Malaysia bankrap, sebaliknya perlu berbuat demikian pada Pilihan raya Umum ke-13 akan datang.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, tindakan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 amat penting bagi membolehkan Pakatan Rakyat menyelamatkan negara dari kejadian itu.
Menurutnya, sekiranya undi diberikan kepada Pakatan Rakyat setelah Malaysia bankrap, ia sudah tidak bermakna lagi kerana tindakan tersebut ternyata telah terlewat
"Jadi untuk menyelamatkan Malaysia, undilah Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 ini. Jangan beri undi kepada Pakatan Rakyat setelah Malaysia bankrap.

Rakyat mahu ‘Malaysia tanpa Umno’

 
 

Azmin: Rakyat mahu ‘Malaysia tanpa Umno’ALOR SETAR- Negara sedang berdepan dengan krisis keyakinan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib yang gagal melaksanakan transformasi politik dan ekonomi.
“Justeru itu, rakyat mahu ‘Malaysia Tanpa Umno’,” ujar Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Sehubungan itu, tegasnya Pakatan Rakyat bersedia untuk menggalas amanah itu melalui Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.
“Insya Allah rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan akan mengusir Umno dan Barisan Nasional dari Putrajaya,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 di sini, pagi tadi.
Jelasnya, reformasi adalah agenda pembebasan rakyat yang juga agenda memartabatkan ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan pemikiran rakyat.

Majoriti mudah cukup. Pembangkang masih diperlukan

 
 

Majoriti mudah cukup. Pembangkang masih diperlukanKetua Umum PKR dan Ketua Pembangkang Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah menyatakan pendirian Pakatan Rakyat (PR) bahawa sebuah kerajaan pusat PR akan berpuas hati dengan suatu majoriti mudah dalam parlimen, sambil mengingatkan bahawa kemenangan majoriti dua pertiga akan menyebabkan gabungan tersebut terlalu selesa dengan keddudukannya.
Kata Datuk Seri Anwar lagi, suatu majoriti yang mudah akan memastikan sebuah kerajaan pusat yang kuat, di samping mempunyai satu kumpulan pembangkang yang seimbang bagi membenarkan pemantauan (check and balance) yang lebih berkesan agar PR tidak akan menjadi seperti pentadbiran Barisan Nasional (BN) sekarang. Konsep perkongsian kuasa ataupun perseimbangan kuasa di antara kerajaan dan pembangkang akan memberikan lebih manfaat kepada rakyat jelata serta. Amalan tersebut bolehlah disebut sebagai kesuburan dan kematangan di dalam sistem demokrasi.

Pakatan Rakyat akan menerajui Malaysia tanpa Umno

 
 

Pakatan Rakyat akan menerajui Malaysia tanpa Umno - Azmin AliAlhamdulillah, pagi ini Pakatan Rakyat berkonvensyen buat kali ketiga disaat suara rakyat menuntut reformasi dan perubahan menyeluruh semakin nyaring. Konvensyen ini menghimpunkan anggota dan pimpinan Pakatan Rakyat yang komited dan mewakili aspirasi rakyat yang mahu melihat muafakat ini terus dipertahankan dan diperkukuhkan atas prinsip dan Dasar Bersama yang telah disepakati dalam kerangka besar agenda perjuangan Pakatan Rakyat. Konvensyen ini membuktikan perpaduan Pakatan Rakyat semakin kukuh dan mantap. Pakatan Rakyat semakin kebal dengan asakan parti ekstrimis UMNO yang kini berada di ambang senjakala.

Penutup untuk Shahrizat: Dipaksa ambil cuti selepas timbul email berkaitan suaminya

 
Penutup untuk Shahrizat: Dipaksa ambil cuti selepas timbul email berkaitan suaminya Kelihatan seperti Shahrizat Jalil mungkin akan menghadapi hari-hari terakhir kerjaya politik beliau. Cuti kecemasan 3 minggu yang dipohonnya daripada Perdana Menteri Najib Razak mungkin akan menjadi tetap kerana telah timbul pula dakwaan bahawa orang atasan NFC telah membayar seorang “Datuk penipu” untuk mempengaruhi pihak polis dalam siasatan mereka dalam kes rasuah sebuah syarikat penternakan lembu.
Sudah ada spekulasi bahawa orang atasan itu adalah suaminya, pengerusi eksekutif NFC, Salleh Ismail. Shahrizat yang enggan mengulas apabila cuba disoal oleh wartawan petang tadi.
“No, no, no, excuse me,” Shahrizat yang juga ketua wanita UMNO berkata apabila ditanya mengenai dakwaan yang dibuat pemimpin PKR bahawa mereka mempunyai bukti dalam bentuk email yang mengatakan ada yang tidak kenan di NFC.

Ambiga tells Pakatan: Let the 'small fry' go

Ambiga tells Pakatan: Let the 'small fry' goALOR STA — Pakatan Rakyat (PR) should pardon those involved in minor corruption if it wins Putrajaya so the country can move forward quickly after a change in power, Datuk Ambiga Sreenevasan said today.
The Bersih 2.0 chairman, citing the Truth and Reconciliation Commission of South Africa, said amnesty was a crucial tool to establish a clean government as it would inspire and permit more rapid change in Malaysia’s political culture.
This did not mean, however, that those found guilty of grand corruption would also be similarly pardoned, she stressed.

Najib lauds Shahrizat's decision to take leave


Najib lauds Shahrizat's decision to take leavePARIT BUNTAR- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak described the decision by Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil to take a three-week's leave from her ministerial duties as appropriate.
He said the decision would allow the authority to investigate if she was involved in the National Feedlot Corporation (NFC) issue.
"I've discussed with Datuk Seri Shahrizat about the leave, and it is an appropriate decision as it allows the authority to carry out a thorough investigation.