24 Nov 2011

Muhyiddin angkuh beri syarat selesai air Kelantan

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 24 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) menganggap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memberikan jaminan untuk membekalkan air bersih kepada rakyat di negeri Kelantan jika diberi mandat dalam PRU ke-13 sebagai hanya kenyataan politik berbaur ugutan kepada rakyat Kelantan.
Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, DPP Malaysia berpandangan, kenyataan Muhyiddin menunjukkan kesombongan dan keangkuhannya sebagai pemimpin negara kerana meletakkan syarat tertentu terlebih dahulu kepada rakyat Kelantan bagi menyelesaikan masalah mereka.

Selepas monorel, roller coaster pula jadi hiasan

Harakahdaily   
MELAKA, 24 Nov: Selepas projek monorel Melaka berharga RM15 juta mengudang pembaziran berganda, kini projek bertemakan hiburan, permainan roller coaster pula mengalami nasib yang sama. Merujuk kepada akhbar Sinar Harian hari ini, roller coaster yang bertempat di taman hiburan Sungai Melaka itu tidak pernah berfungsi sejak dua tahun lepas.
“Projek yang bernilai RM10 juta ini sehingga hari ini hanya bertindak sebagai hiasan,” kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Melaka, Muhamad Aizat Bahrudin.
Katanya, dirasmikan dua tahun lepas, sepatutnya roller coaster yang mempunyai landasan sepanjang 1 kilometer itu dapat digunakan pada 31 Ogos  lalu namun sehingga hari ini masih kosong, hanya landasannya sahaja yang ada.
Menruutnya, kelewatan roller coaster itu untuk berfungsi telah dimaklumkan sebelum ini oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

PM perlu isytihar Kelantan berhak dapat royalti

Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 24 Nov: Ahli parlimen PAS menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat satu perisytiharan bahawa Kelantan berhak mendapat bayaran royalti petroleum.

Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) ketika membahaskan usul pembatalan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat berkata, dengan pembatalan Ordinan Darurat 1969, bermakna sekatan royalti kepada Kelantan juga perlu dihentikan.

Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 menyebut negeri di dalam Malaysia mempunyai perairan wilayah hanya setakat tiga batu nautika (5.5 kilometer) diukur dari paras air surut.

Rakyat tolak ‘khurafat’ dipertahankan Umno

Aslani M   
TUMPAT, 24 Nov: Unsur ‘khurafat’ kononnya hanya Umno  mampu mentadbir negara yang dipertahankan pemimpin parti itu sejak 54 tahun lalu, kini semakin hilang.
Ini dibuktikan di Kelantan sejak 21 tahun lalu rakyat memilih ketuanan Islam yang ternyata mampu melahirkan kesejahteraan kehidupan rakyat.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, ‘khurafat’ yang bermati-matian dipertahankan pemimpin Umno sebelum ini sudah tidak lagi diendahkan rakyat.
“Umno dok jaja hanya merekalah yang mampu mentadbir negara buat selama-lamanya, kononnya parti lain tidak ada kemampuan.
“Sebaliknya rakyat Kelantan membuktikan mereka sudah lama menolak ‘khurafat’ peninggalan Umno sejak pilihan raya 1990 sehingga sekarang,” katanya pada ceramah isu semasa di Dataran Pasir Pekan malam semalam.

Kerajaan tidak pernah bincang RUU Perhimpunan Aman

Muhammad Faizal   
KUALA LUMPUR, 24 Nov: Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, kerajaan tidak pernah membincangkan perlaksanaan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman dengan badan itu.
"Perkara ini tidak pernah dibincangkan dengan Badan Peguam Malaysia dan kita melihat ia amat bertentangan dengan hak asasi negara ini dan juga perlembagaan.
"Saya membantah perlaksanaan tersebut serta tindakan kerajaan melaksanakan Rang Undang-Undang tersebut melanggari dengan amalan sistem demokrasi negara," jelas Pengerusi Bersih 2.0 itu.

Kecaman Mahathir dan nurani Saifuddin

Ahmad Lutfi Othman   
Wawancara Mingguan Malaysia, Ahad lalu dengan Dr Mahathir Mohamad, mengenai persiapan Umno menjelang PRU13, sempena perhimpunan agung parti itu, bermula 29 Nov ini, dikatakan mencetuskan rasa tidak puas hati ramai pemimpin dan aktivisnya. Mingguan dan Utusan Malaysia nampaknya masih menjadikan bekas Perdana Menteri itu sebagai sumber berita utama berbanding akhbar arus perdana yang lain.

Bercakap kelemahan Umno, seperti lazimnya, Mahathir mengecam dan meletakkan sepenuh kesalahan kepada pengganti beliau, Abdullah Ahmad Badawi: "Umno sudah menjadi rosak teruk apabila Abdullah mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi pertuduhan rasuah. Lepas itu orang tahu tentang penglibatan menantunya."

'Keluar mulut harimau masuk mulut buaya'

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 24 Nov: Pakatan Rakyat mendakwa Kerajaan BN tidak menghormati pandangan umum khususnya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) apabila meneruskan bacaan kedua Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, RUU yang dibentang pada Isnin lalu untuk bacaan kali pertama itu jelas tidak mengambil kira pandangan Suhakam dan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang diwujudkan untuk menangani isu-isu berkenaan hak asasi dan demokrasi.