| Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Kes saman Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa terhadap Utusan Melayu (M) Bhd akan disebut semula pada 11 Januari tahun depan.Dalam saman itu, Husam selaku plaintif telah menamakan Utusan Melayu (M) Bhd, Azran Fitri Rahim dan Ketua Pengarang Mingguan Malaysia sebagai defendan-defendan berhubung artikel bertajuk "Nik Aziz beri cuti lima hari untuk tenangkan fikiran, Husam letak jawatan?" yang disiarkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 23 Nov 2009 berkaitan kemelut perletakan jawatan Ir Abdulariff Fahmi Abd Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK. |
21 Oct 2011
Sebutan semula Husam saman Utusan 11 Jan 2012
Tindakan ke atas Aziz Bari ala ISA
| Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Tindakan ala-ISA ke atas Prof Dr Abdul Aziz Bari akan 'mengkangkungkan' lagi dunia akademik negara ini, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu."Di negara kita sudah terkenal gelaran 'profesor kangkung' yang diberikan kepada pembodek-pembodek yang berjaya mendapat pangkat besar di universiti-universiti hasil membodek dan kemudian bercakap merapu melalui TV dan media tanpa mengikut fakta sebenar semata-mata mengampu pemerintah. "Tindakan UIA (Universiti Islam Antarabangsa) menggantung tugas Dr Abdul Aziz akhirnya akan melengkapkan tindakan menjadikan dunia akademik negara ini sebagai sarang dan dunia professor kangkung," kata beliau. |
Kakitangan akademik UIA sokong Aziz Bari
| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 21 Okt: Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PKA UIAM) ingin menyatakan sokongannya terhadap Professor Abdul Aziz Bari di dalam menjalankan amanahnya sebagai seorang murabbi dan sarjana Perlembagaan Malaysia. “Kami berasa terkilan atas campurtangan pihak luar ke atas sistem pendidikan di negara ini yang sepatutnya bebas dan bersifat professional,” ujar persatuan itu dalam satu kenyataan. PKA UIAM berkata, tohmahan serta tekanan yang tidak berasaskan ilmu yang dilemparkan kepada Professor Abdul Aziz Bari hanya membuang masa dan merendahkan status negara di mata dunia. “Professor Abdul Aziz Bari adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau,” tambah kenyataan itu. |
Zulkifli jahil, liwat isteri termasuk perkara syubhah
| Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) menyifatkan dakwaan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum hakam yang berkaitan dengan hukum syarak.Menurutnya, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi. Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan ahli parlimen tersebut di Dewan Rakyat semalam bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri. Selain itu, Zulkifli juga dilaporkan mendakwa bahawa umur 18 tahun yang ditetapkan dalam enakmen hudud bercanggah dengan Islam yang menetapkan had baligh ialah 15 tahun. |
ASN, ASB: Beri perbezaan fatwa kebangsaan, negeri
| Hazayani Zakaria |
| KUALA LUMPUR, 21 Okt: Kerajaan diminta memberi penjelasan mengenai perbezaan fatwa di peringkat kebangsaan dan negeri berhubung pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, ini kerana Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12 April lalu memutuskan bahawa Pelaburan ASN dan ASB dan seumpamanya adalah tidak halal kerana ia masih belum menepati hukum syarak. Namun Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 hingga 3 Februari 2008 memutuskan ianya adalah harus. |
Semarak kuliah pengajian berteras aqidah Islam
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) amat prihatin dalam soal mempertahankan aqidah serta kesucian agama Islam.
Dasar untuk berpegang teguh kepada aqidah Islam adalah jelas seperti yang termaktub dalam surah al-An’aam ayat 153 yang bermaksud: “dan bahawa Sesungguhnya Inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.”
“Oleh yang demikian, PUM adalah sangat bertegas dalam isu-isu yang berkaitan dengan aqidah, semua pihak perlu memainkan peranan untuk mempertahan serta memperkukuhkan aqidah umat berpandukan kepada kekuatan serta bidang kuasa yang ada,” ujar Pengerusi Lajnah Perhubungan Antarabangsa PUM, Ustaz Nik Muhd Nik Marzuki Muhd Nor kepada Harakahdaily.

Court action against 104,083 PTPTN loan defaulters
SUNGAI PETANI: The court has issued summonses to 69,573 stubborn loan defaulters of the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN).
PTPTN board of director Datuk Tajul Urus Md Zain said the corporation had no choice but to resort to court action since 104,083 students had defaulted on their payment from 2007 to Sept 30 this year.
"We (PTPTN) have no choice but to take stern action since these are loan defaulters who have refused to pay up despite many reminders and requests," he told reporters after opening a community programme.
Tajul said thus far, PTPTN has received RM2.7bil from 725,000 borrowers, dating back from 1997 to last month, while the actual amount that should have been collected was RM5.6bil.

Subscribe to:
Posts (Atom)
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Kes saman Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa terhadap Utusan Melayu (M) Bhd akan disebut semula pada 11 Januari tahun depan.
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Tindakan ala-ISA ke atas Prof Dr Abdul Aziz Bari akan 'mengkangkungkan' lagi dunia akademik negara ini, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) menyifatkan dakwaan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum hakam yang berkaitan dengan hukum syarak.