KUALA LUMPUR, 29 Dis: Pengarah Komunikasi PKR, Nik
Nazmi Nik Ahmad berharap Datuk Jamil Khir Baharom segera tampil ke
hadapan dan bukan menyorok di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab
isu wang zakat.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada jawapan Majlis
Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tentang salah guna wang zakat
meliabtkan menteri berkenaan.
Nazmi berkata, berikutan kenyataannya semalam, Muhamad Yamin Ismail,
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
menyatakan bahawa pembiayaan kos guaman Datuk Jamil Khir Baharom,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan dua lagi pegawai kanan MAIWP
dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim diambil
daripada geran kerajaan.
29 Dec 2011
Monopoli MAS-Air Asia, rakyat jadi mangsa
Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Liew Chin Tong (gambar) berkata, kolaborasi MAS-Air Asia dilihat hanya menguntungkan satu pihak sahaja, iaitu Air Asia sendiri, manakala rakyat menderita, lapor Roketkini.com. “Dengan MAS dan Firefly menghadkan penerbangannya, Air Asialah yang memonopoli laluan-laluan udara tertentu. Sebagai contoh, laluan Sandakan-KL sudah menjadi monopoli Air Asia sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurutnya, dengan jumlah penerbangan yang kurang dan harga pula lebih mahal, ia bukan sahaja menyusahkan pengguna, malah tidak baik untuk ekonomi. Beliau menjelaskan, institut kajian Research for Social Advancement (REFSA) telah mengenal pasti beberapa pekara utama: |
Pemuda PAS Melaka terjemah Negara Berkebajikan
Usaha itu dibuat rentetan daripada kos sara hidup yang semakin tinggi, di samping keperluan mendesak keluarga untuk menyara anak-anak mereka yang lain bagi memasuki musim persekolahan 2012 nanti. Mereka terdiri daripada buruh kasar, petani, nelayan dan warga emas. Program yang dianjurkan bersama UPU Merlimau Pasir itu dibuat secara berperingkat. |
Arifin Jaka meninggal dunia
Tidak diketahui bila beliau dimasukkan ke hospital tersebut tetapi Arifin memang mengidap penyakit kencing manis. Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee mengesahkan kematian Arifin. Arifin, 78, ialah hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2000 dan seterusnya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun. |
Nurul Izzah nafi surat beracun
"Ingin saya jelaskan di sini bahawa dakwaan dalam surat tersebut adalah palsu dan tidak benar," kata Nurul dalam satu kenyataan ringkasnya hari ini. Nurul dipercayai mengulas satu surat beracun (email) yang diedarkan kepada ahli-ahli PKR yang mendakwa beliau sedang memujuk Datuk Zaid Ibrahim menyertai PKR semula. |
Pakatan bagi kek, Khir bagi penyapu
Ia semakin jelas lagi apabila terbukti apa yang dikatakan terhadap Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor itu disahkan oleh mahkamah. Khir dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk beliau dan isterinya dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta, empat tahun lalu. Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki yang memutuskan hukuman itu turut mengarahkan perlucutan hak terhadap hartanah tersebut. |
Penjelasan isu Madrasah Salihiah, Kanchut
Latarbelakang:
PKNK dengan kerjasama sebuah syarikat swasta ingin memulih dan memajukan Kompeks Tunku Yaakob yang terbengkalai lebih 30 tahun. Projek yang dinamakan Aman Central bukan sahaja memulihkan bangunan terbengkalai tetapi keseluruhan kawasan di sekitar itu. Pelaburan besar itu bakal memberi peluang ekonomi serta peluang pekerjaan kepada beribu rakyat negeri ini. Isu yang timbul ialah dalam kawasan yang mahu dibangunkan itu terdapat tanah wakaf berkeluasan 0.08 hektar dan di atas tanah itu ada bangunan yang dinamakan Madrasah Salihiah. Pemegang amanah harta wakaf itu adalah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Kerana harta wakaf itu terbabit dalam pelan pembangunan maka ia dicadang untuk dirobohkan sementara dan dibangunkan sebuah surau baru di tempat yang sama.
Dakwaan yang timbul dan penjelasannya:

Subscribe to:
Posts (Atom)