
KUALA LUMPUR 20 Jan : Angkatan Muda KEADILAN mempersoalkan kenyataan
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz
yang mendakwa pengisytiharan harta menteri dan ahli keluarga mereka akan
‘mengundang bahaya’.
Ia berikutan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mewajibkan ahli
keluarga dan pasangan menteri kabinet mengisytiharkan harta dan aset
mereka kepada pihak berkuasa itu.
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan kenyataan Nazri itu
menggambarkan ketakutan beliau dan mahu melindungi Menteri Kabinet yang
menikmati kemewahan di luar kemampuan.
“Kenapa
bimbang untuk isytihar harta, hanya menteri yang memiliki kekayaan luar
biasa saja yang bimbang untuk mendedahkan aset mereka,”