GEORGE TOWN, 31 DIS – Walau pun pelbagai kerajaan telah memerintah
Pulau Pinang selama 225 tahun dengan pelbagai haluan, hubungan sesama
rakyatnya tetap aman harmoni kerana dijalin semangat hormat kepada
kepelbagaian budaya.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, tradisi keharmonian
dan saling hormat-menghormati di antara pelbagai etnik dan budaya yang
dilambangkan dalam pembinaan masjid, gereja, kuil-kuil India dan Cina di
sekitar kawasan yang berdekatan, telah diiktiraf oleh UNESCO apabila
George Town diberi status Bandar Warisan Dunia pada 7 Julai 2008.
Showing posts with label Welcome. Show all posts
Showing posts with label Welcome. Show all posts
31 Dec 2011
25 Dec 2011
A Christmas greeting from Muslims
December 25, 2011
It is worth noting that there are no detailed descriptions of any other prophet’s story in the Qur’an like that of the story of Prophet Jesus and his miraculous birth. Prophet Muhammad said Jesus is one of God’s greatest prophets and messengers to mankind. Muslims feel reverence toward Prophet Jesus and his family.
The angels deliver the news to Mary:
Behold! O Mary! God gives you good news with a Word from Him. His name will be Jesus Christ, the son of Mary, held in honor in this world and the Hereafter and in (the company of) those nearest to God. (Meaning of Qur'an, 3:45)
It is worth noting that there are no detailed descriptions of any other prophet’s story in the Qur’an like that of the story of Prophet Jesus and his miraculous birth. Prophet Muhammad said Jesus is one of God’s greatest prophets and messengers to mankind. Muslims feel reverence toward Prophet Jesus and his family.
The angels deliver the news to Mary:
Behold! O Mary! God gives you good news with a Word from Him. His name will be Jesus Christ, the son of Mary, held in honor in this world and the Hereafter and in (the company of) those nearest to God. (Meaning of Qur'an, 3:45)
27 Nov 2011
Hijrah bangsa Malaysia
Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang warga negaranya terdiri dari satu bangsa atau satu kaum sahaja. Kata-kata politik yang mendakwa Malaysia itu unik kerana ia adalah sebagai negara berbilang bangsa yang aman damai tidaklah tepat kerana hampir semua negara mempunyai masyarakat berbilang bangsa, kaum dan suku kaum.
26 Nov 2011
Hijrah membentuk negara Islam
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat |
Perutusan Hijratur-Rasul Al-Mursyidul Am PAS Sempena Tahun 1433 Hijrah بسم الله الرحمن الرحيم وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا “Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” – Surah al-Nisa’ ayat 100 Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian dan kesykuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana taufik dan inayahNya, kita masih diberikan peluang untuk terus hidup melangkah ke tahun baru 1433 Hijrah pada saat ini. Semoga dengan pertambahan umur yang dikurniakan oleh Allah SWT ini memberikan kita ruang untuk terus menambahkan ibadat dan memperkasakan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah SWT. Sesungguhnya, menyambut ulang tahun Hijratur-Rasul ini bukanlah satu perayaan suka-suka. Ia bukanlah satu sambutan tahunan semata-mata tanpa sebarang sebab dan juga akan berlalu begitu sahaja untuk menunggu sambutan pada tahun hadapan. Sambutan Hijratur-Rasul ini sebagai menghayati makna dan pengertian peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dan para muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang kemudiannya dikira sebagai tahun pertama Hijrah. Hakikatnya, Hijrah Rasulullah s.a.w tidak berlaku pada awal tahun dan tidak berlaku pada bulan Muharram. Sebaliknya, Rasulullah s.a.w mula keluar dari kota Mekkah pada akhir bulan Safar, bulan yang kedua dalam kalendar Islam. Baginda keluar dari Mekkah bersama-sama dengan sahabat baginda yang paling setia Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a setelah mendapat perintah dari Allah s.w.t agar bersama-sama dengan umat Islam di kota Madinah. Rasulullah s.a.w tiba di kota Madinah dan mula menetap di sana pada hari Jumaat, 12 Rabiul Awal. Sekalipun hijrah tidak berlaku di bulan Muharram, namun detik peristiwa tersebut ia dipilih sebagai tahun yang pertama dalam kalendar Islam sewaktu proses penetapan calendar Islam pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab RA. Kenapakah Saidina Umar bin Al-Khattab dan para sahabat pada masa itu tidak memilih peristiwa lain seperti peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, peristiwa pembukaan Kota Makkah atau Haji Wada’? Jawabnya ialah kerana peristiwa hijrah itulah yang mencetuskan fenomena dan momentum terbesar di dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW. Momentum tersebut ialah pembentukan sebuah negara Islam yang pertama dan perpindahan era dakwah secara rahsia kepada era dakwah secara bernegara. |
25 Oct 2011
PAS ucap tahniah kepada an-Nahdah Tunisia
Harakahdaily |
Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) juga berharap kemenangan itu diterima oleh masyarakat antarabangsa walaupun ia dimenangi oleh parti Islam. Sebenarnya, kata beliau An-Nahdah penah memenangi pilihan raya Tunisia beberapa tahun lalu dengan majoriti yang besar, tetapi kemenangan itu dinafikan dan Parti An-Nahdah diharamkan, pemimpinnya dipenjara dan sebahagiannya terpaksa berhijrah keluar negara seperti Dr Rashid Ganouchi. “Saya dimaklumkan An-Nahdah boleh memenangi pilihan raya dengan lebih besar jika bertanding di hampir kesemua kerusi. Tetapi An-Nahdah sengaja tidak bertanding di kesemua kerusi bagi memberi peluang kepada parti lain turut sama bertanding,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Marang dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. |
15 Oct 2011
Agong ke-14: Tahniah Sultan Abdul Halim
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 15 Okt: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Kedah mengucapkan tahniah kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (gambar) yang dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara, di sini, semalam. “Saya mewakili ahli Parlimen Pakatan Rakyat Kedah mengucapkan tahniah di atas pengisytiharan Majlis Raja-Raja memilih Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong. |
13 Sept 2011
Salam pengenalan..
As'salam..
Kepada semua rakan2 bloger dan juga para pembaca yang budiman, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan salam pengenalan buat semua. Tujuan saya menulis blog ini adalah ingin berkongsi pendapat dengan para pembaca mengenai isu-isu semasa terutamanya sosial & politik, perkembangan ekonomi semasa, sukan, hobi dsb. Selamat membaca untuk semua..
Fauzi
Kepada semua rakan2 bloger dan juga para pembaca yang budiman, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan salam pengenalan buat semua. Tujuan saya menulis blog ini adalah ingin berkongsi pendapat dengan para pembaca mengenai isu-isu semasa terutamanya sosial & politik, perkembangan ekonomi semasa, sukan, hobi dsb. Selamat membaca untuk semua..
Fauzi
Subscribe to:
Posts (Atom)