Belum habis lagi cerita panas perlantikkan Presiden MUIP KS Nallakaruppan sebagai Senator, ada pula cakap-cakap di kalangan ahli-ahli kumpulan di Parlimen bahawa 'penjahat' politik seterusnya yang akan menerima ganjaran ialah Ummi Hafilda.
Walaupun berita tersebut belum dapat disahkan pada peringkat ini, kelihat 'penyokong' dia berasa marah kerana Ummi Hafilda telah diketepikan dalam kempen anti Anwar Ibrahim oleh tiga orang yang telah diatur oleh pihak Umno, parti Perdana Menteri Najib Razak sendiri. Jika nasib menyebelahinya, Ummi boleh menjadi Senator yang dilantik BN seterusnya.

Jika ini menjadi kenyataan, rakyat Malaysia mungkin akan mengutuknya tetapi ramai dikalangan kita yang malas. Jadi perkara ini mungkin akan dibiarkan sahaja setelah ditertawakan atau gelengan kepala, juga sesalan bahawa negara ini akan telah jatuh ke tangan anjing-anjing.
Lagipun, Senat Malaysia telah pun disamakan dengan sampah, di mana banyak ahli politik jahat diberi ganjaran untuk memastikan mereka gembira sehinggalah perlu melakukan tugasan mereka yang seterusnya. Sesungguhnya, Senat seperti telah menjadi hukuman mati ibarat zombi yang menunggu untuk diaktifan oleh dalang mereka iaitu Umno.
Jadi apalah sangat Ummi sebagai tambahan?