22 Dec 2011

Skandal NFC: SPRM diingat tidak tunduk pada Umno-BN

KUALA LUMPUR 22 Dis : KEADILAN menggesa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tidak tunduk dengan tekanan Kerajaan Umno-BN dalam menyiasat skandal membabitkan National Feedlot Corporation (NFC).
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, berkata, ini adalah masanya SPRM mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kredibiliti mereka dalam membanteras rasuah.
“SPRM tidak perlu takut dan tunduk dengan tekanan politik mereka (Umno-BN),” katanya mengulas langkah  SPRM menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes yang dikaitkan dengan keluarga menteri, Datuk Seri Shahrizat Jalil itu.
Disamping mengalu-alukan langkah pro-aktif yang diumumkan, KEADILAN turut berharap agensi itu menjalankan siasatan segera.

21 Dec 2011

Bank Dunia: Pinjaman dibuat melalui MTEN

  
KUALA LUMPUR, 21 Dis: PKR mendedahkan, pinjaman kepada Bank Dunia dibuat oleh kerajaan Malaysia melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia dibuat melalui satu badan di bawah MTEN iaitu Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (National Economic Recovery Plan, NERP).

Demikian didedahkan oleh Rafizi Ramli (gambar), Pengarah Strategik PKR dalam satu kenyataannya hari ini bagi menjawab penafian Dr Mahathir beliau ada memohon pinjaman dari Bank Dunia.

Apa Khabar Awang Adek, Sihat Ke?

Apa hal pula dengan bakal MB Kelantan yang tidak jadi, Awang Adek Hussein? Khabarnya Awang Adek ada terlibat dengan satu siasatan SPRM? Saya mendengar ceritanya malam tadi dari orang kuat Umno bahagian Bachok. Hairan juga kenapa orang Umno bercerita begitu hal Awang Adek Hussein. Apakah Awang Adek ada masalah dengan Umno Bachok?

Barang kali cerita itulah ada kena mengena dengan penjelasan Awang Adek hari ini yang mengakui dia memang ada menerima wang tunai menerusi akaun peribadinya. Katanya sumbangan itu untuk program parti.
Betullah sumbangan untuk program parti. Kata Awang Adek sumbangan itu menerusi tiga akaun peribadinya. Wang itu diuruskan oleh seorang pegawai peribadinya dan dia tahu dari mana dan untuk apa. Beliau juga ada pegang transaksi wang berkenaan. Jadi halallah wang itu?

Shahrizat sedia letak jawatan?

KUALA LUMPUR, 21 Dis: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dijangka akan mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri samada meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga atau tidak.

"Tidak ada siapa yang perlu memberitahu saya apa yang perlu saya buat.

"Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dan sudah matang dalam politik dan sayang kepada Barisan Nasional (BN), saya tahu apa yang patut saya buat dan saya akan bincangkannya dengan Datuk Seri Najib," kata Sharizat kepada wartawan hari ini.

Umno bukan lagi berjuang untuk rakyat

 
KUALA LUMPUR, 21 Dis: Pemuda PAS Selangor berasa lucu dengan tindakan ‘kebudak-budakan’ dan tidak bertamadun puak-puak Umno dan rakan sekutu mereka seperti Perkasa, GPMS, Majlis Belia dan lain-lain yang berterusan mengecam dan mengancam Adam Adli kerana menurunkan bendera bergambar Najib baru-baru ini.
Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, Umno kini sudah kehilangan arah perjuangan yang sebenar sehingga terlalu memuliakan pemimpin mereka sehingga ke tahap yang tidak sepatutnya.
“Adakah tindakan meminta permohonan maaf Adam Adli lebih diutamakan atau penipuan dan kezaliman Umno terhadap rakyat yang perlu dihentikan?
“Apakah tindakan Adam Adli menurunkan gambar Najib terlalu ekstrem sehingga boleh merosakkan aqidah orang-orang Umno?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Dakwat kekal: Perkasa bagai budak hingusan

PARIT BUNTAR, 21 Dis: Umno dan NGOnya umpama budak hingusan yang tidak sedar hingusnya meleleh berhubung penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Bagi Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim, isu dakwat kekal itu telah mencetuskan pelbagai kisah yang menarik dan tidak kurang juga yang melucukan, telah membuatkan Umno hilang kewarasannya.
Selain itu, katanya NGO tegar Umno, Perkasa yang mana tindakan mereka telah menjelaskan betapa mereka hilang akal apabila timbul ura-ura Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu menggunakan dakwat kekal pada PRU 13 tidak lama lagi.
Perkasa memberi amaran, tindakan SPR mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang akan menyebabkan orang Melayu tidak keluar mengundi dan akan membawa negara ke belakang.
“Sebenarnya langkah itu seiring dengan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya,” kata Khalil dalam satu kenyataan di sini.

Pertahan dasar ‘Membangun Negara Berkebajikan’

Pertahan dasar ‘Membangun Negara Berkebajikan’ KUALA LUMPUR- Sewaktu pimpinan PAS dan seluruh ahlinya ijmak menerima konsep Negara Berkebajikan melalui muktamar tahunannya, malah ia adalah kandungan ucapan dasar presiden parti ‘Membangun Negara Berkebajikan’ yang telah diterima sebulat suara, maka ia menjadi dasar parti yang mesti dipertahankan oleh semua pimpinan dan ahlinya.
Justeru, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan (gambar) menegaskan tidak layak bagi mana-mana pemimpin atau ahli parti mempertikai konsep yang telah diijmakkan melalui satu majlis pemesyuaratan yang besar seperti muktamar tahunan yang sah, sementara kritikan membina dan pandangan tambah nilai adalah senantiasa dialu-alukan.
AJK PAS Pusat, Datuk Dr Hassan Ali melalui akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini mempertikaikan dasar "Membangun Negara Berkebajikan" yang menjadi tema PAS sekarang ini.
Bagi Hassan, PAS sepatutnya kekal dengan dasar negara Islam yang telah menjadi perjuangan asal PAS.