16 Dec 2011

Video klip hina hudud: Noh mesti bertindak

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar  mesti bertindak kepada individu yang dikaitkan dengan video klip Sembang Rakyat yang menghina hukum hudud.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Noh tidak boleh melepaskan diri dalam isu ini kerana individu yang sama yang menguruskan blog anggota Parlimen Tanjung Karang, laman web Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang, di samping blog Pena Noh.

"Beliau mesti menunjukkan sikap tegas membenteraskan golongan yang menghina hukum Allah.

Rakyat Malaysia makin miskin menjelang 2020

KUALA LUMPUR 15 Dis: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran Malaysia akan bertambah miskin pada 2020, dengan tambahan 1.7 juta rakyat berpendapatan bawah RM1,500, di bawah Program Tranformasi Ekonomi (ETP).
Menurut Anwar, idea yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu juga akan melebarkan jurang pendapatan masyarakat berdasarkan unjuran ETP.
Penasihat ekonomi Selangor itu berkata demikian dalam ucap utamanya dalam majlis makan malam anjuran kerajaan negeri di sebuah hotel di sini malam tadi.

ETP: Kerajaan bohong tentang negara pendapatan tinggi

KUALA LUMPUR 16 Dis : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kerajaan Umno-BN memanipulasi data bagi mengelirukan rakyat serta memberikan gambaran yang salah tentang unjuran ekonomi Malaysia.
Anwar berkata demikian pada majlis makan malam ucaptama “Debunking ETP: Widening Income Gap” di Hotel Westin malam tadi.
Majlis itu dihadiri kira-kira 150 orang terdiri daripada wakil-wakil kedutaan, pakar ekonomi, pengurus dana, ahli Parlimen dan wartawan.
Menurut Anwar, janji kerajaan bahawa Malaysia akan menuju negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 adalah satu pembohongan, berdasarkan unjuran Program Transformasi Ekonomi (ETP).

KEADILAN tuntut kerajaan mansuh bukan pinda AUKU

PETALING JAYA 16 Dis: KEADILAN menggesa Kerajaan segera memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan bukan sekadar hanya meminda akta tersebut.
“Perdana Menteri mesti menunjukkan keazaman politik jika serius untuk menentang kebebasan dengan memansuhkan AUKU keseluruhannya dan memperkenalkan undang-undang baru yang menjamin otonomi universiti, pensyarah dan mahasiswa,” kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Izzah berkata, Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan Seksyen 15 AUKU akan dipinda untuk membenarkan mahasiswa aktif di dalam parti politik, namun dalam ucapan sama mengumumkan politik tetap akan diharamkan di kampus.

Lebih seribu hadir pelancaran ABU, suri rumah turut berucap

KUALA LUMPUR 16 Dis: Lebih seribu hadir pada Rapat Rakyat sempena pelancaran ABU (Asalkan Bukan Umno) di perkarangan Markaz Tarbiyah Pas Pusat, Taman Melewar, malam tadi.
Turut hadir, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM)  S.Arutchelvam, penyelaras kebangsaan Hindraf, W Sambulingam dan pimpinan Parti Progresif Sabah (SAPP) Benny Low.
Dipengerusikan Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard, beliau menegaskan, tiada makna sekiranya rakyat merungut  tentang pentadbiram negara, sekiranya mereka sendiri tidak bergerak menghapuskan punca masalah, iaitu Umno dan Barisan Nasional.
“Sebab itu kita akan jelajah ke seluruh negara. Ini pentas suara rakyat. Setiap isu yang dibawa mereka adalah perjuangan kita,” kata CheGuBard mengingatkan hadirin dosa Umno paling utama – iaitu memperbodohkan orang Melayu.

Aliran wang haram RM150 bilion: Kerajaan cuba sembunyikan sesuatu

KUALA LUMPUR 16 Dis : Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mendakwa Kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu ekoran keengganan Perdana Menteri menyiasat laporan yang dikeluarkan Global Financial Integrity (GFI) mengenai aliran wang haram.
Azan ketika dihubungi berkata, Datuk Seri Najib Razak berjanji di Parlimen Mac lalu untuk menyiasat laporan pertama yang dikeluarkan GFI, namun sehingga kini tiada sebarang siasatan dibuat.
“Timbalan Menteri Kewangan pernah memberi janji akan siasat. PM juga beri jaminan untuk menyiasat dan meminta tempoh dua bulan. Kerajaan sebenarnya cuba sembunyikan sesuatu dan tahu apa yang berlaku,” kata Azan.
Menurut Azan, pengaliran wang haram berpunca dari gejala seperti rasuah, aktiviti jenayah dan usaha mengelak cukai.

Skandal NFC: Umno mula bercakaran sesama sendiri- Johari

KUALA LUMPUR 16 Dis: Skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil jelas memberi tekanan kepada Umno- Barisan Nasional.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, parti itu kini dilihat bercakaran sesama sendiri apabila ada antara pemimpinnya turut mendesak Shahrizat meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
“Jelas menunjukkan bahawa isu lembu ini bukan direka-reka oleh KEADILAN dan kita juga nak mematahkan hujah Shahrizat yang kata kononnya kita tidak ada kerja lain,”
“Dakwaan KEADILAN jelas bukan fitnah, dan buktinya apabila pemimpin atasan Umno dan pemuda MCA pun pernah menyentuh hal ini. Dalam parti mereka sebenarnya ada rasa tidak puas hati kerana skandal (NFC) ini sampaikan antara mereka bercakaran,” kata Johari.