28 Nov 2011

Bersih 3.0 wajar diadakan segera

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 28 Nov: Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAMAN) mewakili lebih daripada 20 Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) kaum India merasa terpanggil untuk meneruskan momentum perubahan yang semakin terasa rentetan daripada kejayaan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Menurut sekretariat itu, Barathidasan Saminathan, beberapa tindakan pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri dilihat begitu terdesak untuk melaksanakan perubahan demi menjaga survival pemerintahan Barisan Nasional.
“Perkembangan positif ini perlu digunakan sebaik mungkin bagi membolehkan lebih banyak perubahan dilakukan oleh pihak kerajaan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Hina peneroka: JKPP Felda mahu saman Isa

Nazri Abdullah   
AMPANG, 28 Nov: Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Felda memberi tempoh 14 hari kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran dakwaan mengeluarkan kenyataan menghina peneroka.

Kata-kata penghinaan itu didakwa diucapkan Isa semasa sesi penerangan kepada perwakilan Koperasi Permodalan Felda (KPF) di Melang Inn Kuala Pilah baru-baru ini.

"Kita telah melantik peguam untuk menuntut Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 14 hari dan menyiarkannya sekurang-kurangnya di lima buah akhbar.

Guan Eng cabar Nor Yakcop berdebat

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 28 Nov: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk berdebat secara terbuka berhubung lanjutan konsesi jambatan Pulau Pinang selama 17 tahun dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) selama 11 tahun sebagai balasan untuk pembekuan kenaikan kadar tol selama 5 tahun di lima lebuh raya termasuk lebuh raya utara-selatan (NSE) akan membawa manfaat kepada rakyat Pulau Pinang mahupun Malaysia.
Lim berkata, New Straits Times hari ini telah melaporkan bahawa Tan Sri Nor telah mengecam beliau kerana mengamalkan double standard dalam bantahannya terhadap semakan semula perjanjian tol.
“Saya tidak dapat melihat bagaimana semakan semula yang menangguhkan kenaikan tol selama 5 tahun sehingga 2016 ini dapat membawa manfaat kepada rakyat.

Anak sokong JKPP Felda saman Isa Samad

Nazri Abdullah   
AMPANG, 28 Nov: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman (gambar) menyokong penuh tindakan Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKKP) Felda untuk memfailkan saman ke atas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Mazlan berkata, tindakan tersebut wajar memandangkan Isa telah menghina para peneroka yang selama ini memerah keringat kepada Felda.

"Kita sangat dukacita dengan penghinaan Isa Samad terhadap peneroka Felda.

"Bagi anak ucapannya itu menghina seluruh warga Felda dan kita mintak dia tarik balik," katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Jangan lupa jasa skuad Bawah-23 Harimau Muda

SAMM   
Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib yang menimpa pasukan bawah-23 kebangsaan yang tewas secara 'terkejut' kepada pasukan bawah-23 Bahrain walaupun pasukan negara mendahului dua gol sehingga minit ke-79.
Mendahului pada minit ke-30 dengan satu jaringan yang menakjubkan oleh pemain termuda atas padang, Faiz Nazmi, dan pasukan Harimau Muda menambah satu lagi gol pada minit ke-67 oleh jaringan Mahali Jasuli setelah Bahrain bermain hanya dengan 10 pemain, tidak mampu menterjemahkah sebarang mata. Akhirnya harapan untuk ke Olimpik 2012 hanya tinggal kenangan.

Wasatiyyah ala Umno amal Islam secara terpilih

Aslani M   
KOTA BHARU, 28 Nov: Apakah benar Umno mengamalkan pendekatan wasatiyyah (kesederhanaan) dalam amalan Islam, sedangkan dalam banyak keadaan apa yang diperintahkan Allah seperti tidak diendahkan.
Apa yang berlaku sekarang amalan Islam dilakukan mereka secara terpilih di mana meninggal perkara yang bertentangan dengan naluri.
Misalnya pelaksanaan perundangan Islam diketepikan, malah lebih mendukacitakan lagi tidak memberi kerjasama apabila ada pihak lain yang mahu melaksanakannya.
Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, konsep wasatiyyah dalam Islam berlaku apabila kita mengamalkan Islam sebagaimana diperintahkan oleh Allah Taala.
“Perlu diingatkan amalan yang dilakukan tanpa ada pengurangan atau pun penambahan. Sekiranya ada pengurangan atau penambahan maka itulah yang dikatakan melampau.

‘Tanya Cina Kelantan, adakah saya khianati mereka’

Rizal Tahir   
KOTA BHARU, 28 Nov: Seramai 40 orang peserta rombongan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Parit Buntar menegaskan mereka tetap akan menyokong perjuangan di hadapan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mereka menyatakan demikian sempena lawatan rasmi mengunjungi Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan, di kediaman rasmi, di sini petang ini.
Rombongan yang sebahagian besarnya terdiri dari kaum wanita serta bekas penyokong MCA diketuai Pengerusi DHPP kawasan tersebut, Ricky Tang.
(Gambar: Tuan Guru menerima cenderahati daripada Ricky Tang.)