GEORGETOWN, 27 OKT – Kerajaan negeri Pakatan Pulau Pinang telah berjaya mengurangkan hutang negeri yang diwarisi daripada Barisan Nasional kira-kira RM630 juta pada Mac 2008 kepada RM30 juta sahaja pada bulan lalu.
Ini adalah penurunan hutang yang paling cemerlang antara semua negeri lain dengan penurunan sebanyak RM600 juta atau 95 peratus, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Beliau berkata, ia juga kejayaan besar berbanding hutang Kerajaan Persekutuan yang naik sebanyak 71 peratus atau RM190 bilion dalam tempoh masa yang sama, iaitu daripada RM266 bilion pada akhir 2008 kepada RM456 bilion pada akhir tahun ini.
27 Oct 2011
Bajet 3M Pulau Pinang untuk semua kaum
Bajet kerajaan negeri Pakatan Pulau Pinang tersebut yang akan dilancarkan itu adalah berasaskan 3M – Martabatkan rakyat, Mesra perniagaan dan Mantapkan kedudukan kewangan negeri
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, antara lain, Bajet 3M Pakatan Rakyat bercadang untuk memberi RM100 setiap tahun kepada pelajar sekolah Darjah 1 dan 4, Tingkatan 1 dam 4 mulai tahun depan bagi membantu ibu bapa mengurangkan beban membeli pakaian dan peralatan sekolah.
Tiada alasan Laporan Audit lewat diedar kecuali ada muslihat sembunyikan fakta
Anwar Ibrahim | Oct 26, 2011 12:37:56 am
| Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang gagal dikemukakan dalam Dewan Rakyat bersekali dengan Laporan Ekonomi dan dokumentasi belanjawan negara sejajar dengan amalan Parlimen Malaysia sekian lama, akhirnya diedarkan sebagai Kertas Perintah 40, Tahun 2011 kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat pada hari Isnin, 24 Oktober 2011. Pengedarannya lewat 17 hari dari tarikh pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 yang lalu. Kegagalan pengedarannya dibangkitkan berulang kali oleh Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, meskipun sebenarnya Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan telah siap ditandatangani oleh Ketua Audit Negara Amrin Bin Bujang pada 8 Julai 2011 dan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Kewangan Dan Aktiviti Serta Pengurusan Syarikat Subsidiari Badan Berkanun Persekutuan ditandatangani pada 16 Jun 2011. Sewajarnya tidak timbul masalah lewat mengedarkan laporan tersebut kecualilah ada muslihat untuk menyembunyikan fakta sebenar dari pengetahuan rakyat. |
Sandiwara politik UIA: BN terkena getah nangka
Khir Toyo | Oct 27, 2011 02:00:54 pm
| 1. Sama ada suka atau tidak, Profesor Aziz Bari dianggap tokoh akademik dalam bidang perundangan yang mempunyai kekuatan dan aura intelektual tersendiri. 2. Kita boleh bersetuju dan juga boleh tidak bersetuju dengan pandangannya. Bidang undang-undang hampir merupakan sesuatu yang begitu subjektif. Jarang sekali kita mempunyai peguam dan intelektual undang-undang yang sependapat dalam sesuatu hal undang-undang, mahu pun tafsiran perlembagaan. |
Amaran Guan Eng terhadap UMNO online: Tarik balik dan mohon maaf!
Lim Guan Eng | Oct 27, 2011 04:06:18 pm
| Saya dan isteri saya berasa amat berang dengan serangan berterusan oleh pemimpin-pemimpin BN melalui tuduhan palsu terhadap anak muda saya bahawa: dia telah mencabul seorang pelajar perempuan di sekolahnya, yang menyebabkannya terpaksa dipindahkan ke sekolah yang lain, dan juga bahawa saya telah membayar RM200,000 kepada keluarga pelajar perempuan itu supaya berdiam. Saya sebenarnya tidak ingin memanjangkan episod ini kerana anak saya, yang hanya berumur 16 tahun, sudah pun dibuktikan tidak bersalah. Jelas bahawa anak saya telah menjadi seorang mangsa fitnah yang keji. |
Terlampaukah untuk mengetahui bagaimana Beng Hock temui ajal?
Teoh Lee Lan | Oct 27, 2011 04:30:27 pm
![]()
| Kami sekeluarga, berasa amat pilu dengan kenyataan Menteri Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz bahawa tiga orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) masih dalam siasatan dalaman. 27 bulan telah berlalu, iaitu sebanyak 833 hari - saban hari kami menunggu kebenaran sejak kematian Teoh Beng Hock di bangunan SPRM. Laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) jelas menyebut tiga nama, iaitu "the bully" Mohd Anuar Isamil (pegawai penyiasat), "the abuser" Mohd Ashraf Mohd Yunus (penolong pegawai penyiasat) dan "the arrogant leader" Hishammuddin Hashim (bekas Timbalan Pengarah SPRM Selangor), terbabit dengan penggunaan keganasan yang tidak wajar. Namun, selepas tiga bulan laporan diumumkan, SPRM pula menubuhkan panel siasatan khas untuk menyiasat tiga orang yang disebut nama dalam Laporan RCI. Dengan kata lain, kerajaan juga mengambil sikap ragu-ragu, dan bukannya menaruh kepercayaan 100% terhadap laporan RCI. |
FELDA terdedah kepada risiko
Neo Chee Hua | Oct 27, 2011 07:03:28 pm
| Sejak dikuasai Perdana Menteri Najib Razak, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mula terpesong dari objektif utamanya, iaitu bertunjangkan pembangunan tanah pertanian, dan pelaburan sebagai sampingannya - kepada sebuah agensi pelaburan kewangan. Ketua Audit berpendapat, "Penggunaan dana akaun FELDA yang melebihi had telah mendedahkan dana tersebut kepada risiko pelaburan saham siar harga melebihi daripada yang telah diluluskan dalam Manual Dasar dan Strategi Pelaburan Kumpulan FELDA. Ini boleh menjejaskan kemampuan kewangan dan memberi kesan kepada operasi serta aktiviti utama FELDA jika pelaburan yang dijalankan tidak dapat memberikan keuntungan yang dijangkakan." |
Subscribe to:
Posts (Atom)