KOTA BHARU, 20 Okt: Hansard ucapan Tun Abdul Razak di Parlimen pada 12 Oktober 1975 mengenai hak Kelantan ke atas royalti petroleum akan dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, hansard tersebut sebagai bahan bukti Kelantan layak mendapat royalti 5 peratus.
Ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2012 pada persidangan Dun petang tadi katanya, dokumen tersebut akan diserah pada 10 November ini.
“Almarhum Tun Razak memberitahu royalti minyak adalah menjadi hak kerajaan negeri yang mana perairannya terdapat telaga minyak.
20 Oct 2011
Aziz Bari: Timbalan menteri turut sedih
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, berasa terganggu dan sedih dengan tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menggantung pensyarah Fakulti Undang-Undangnya, Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Mengulas melalui laman Twitternya, Saifudin berkata beliau telah mengarahkan UIA memberi laporan bertulis kepada beliau.
"Saya terganggu dan sedih. Saya sudah meminta UIA memberikan laporan bertulis," katanya.
Sementara itu, sekumpulan mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan tindakan UIA terhadap Aziz Bari akan mengadakan demonstrasi esok.

‘Bangunan hijau’ jimat tenaga, mesra alam
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof Rawa mencadangkan kerajaan menggunakan konsep ‘bangunan hijau’ bagi semua bangunannya sebagai langkah penjimatan tenaga dan lebih mesra alam.
Mujahid sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, konsep bangunan hijau lebih memberikan langkah penjimatan untuk jangka masa panjang berbanding menetapkan suhu pendingin hawa dalam bangunan tidak kurang daripada 24 darjah celsius.
"Adakah kementerian mempunyai hasrat ataupun bersunguh-sungguh bukan sahaja penjimatan penggunaan tenaga tanpa kos yang hanya melibatkan kawalan penghawa dingin tapi bersedia membawa konsep bangunan itu secara menyeluruh yang dinamakan bangunan hijau.

Jangan tajamkan hubungan rakyat Malaysia dengan HIMPUN
HIMPUN merupakan satu perhimpunan yang secara zahirnya dilihat baik. Usaha murni untuk menimbulkan kesedaran kepada umat Islam untuk menangani gejala murtad itu memang telah lama Islam anjurkan.
Namun kita perlu faham bahawa setiap perbuatan yang baik itu tidak semestinya baik. Sebagai contoh Khawarij telah keluar dari kelompok Saidina Ali kerana saidina Ali telah menerima untuk mengadakan majlis tahkim bagi meleraikan pegaduhan dengan Muawiyyah.
Akan tetapi Muawiyah dengan pegangan "tiada hukum melainkan hukum Allah melihat tindakkan Saidina Ali itu tidak tepat." Lantas mereka keluar dari kelompok Saidina Ali. Saidna Ali menyatakan pegangan mereka itu betul tapi apa yang mereka tuntutkan ketika itu melalui pegangan itu adalah kebatilan. Maka pepecahan dalam kalngan umat Islam ketika itu semakin parah.

UIA digesa menarik balik penggantungan Prof Aziz Bari
UIA, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf antarabangsa, sepatutnya mempertahankan hak ahli akademik menyuarakan pendapat dan idea.
Malangnya, universiti tersebut bukan sahaja gagal mempertahankan Dr.Aziz (gambar kiri) apabila beliau diserang oleh ahli politik dan media UMNO, tetapi sebaliknya menggantung beliau pada hari ini.
Abdul Aziz Bari: Keluhuran perlembagaan bukan untuk diulang-ulang seperti burung kakak tua
Mampukah menara gading tempatan menampung sesuatu yang dikatakan "idealisme"? Atau sekadar bayangan realiti di luar kampus - apabila mereka yang sepatutnya mempertahankan "keluhuran perlembagaan" menodai semangat ini; dan apabila mereka yang sepatutnya mempertahankan autonomi akademik, mencabul kesucian intelektual.
Malaysia tidak di zon gempa bumi, tapi di mana tapak buangan sisa radioaktif yang sesuai?
DEFINISI PEMBANGUNAN LESTARI Mengikut Brundtland Report 1987: ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan serta tanpa kompromi di dalam memenuhi keperluan generasi masa hadapan. Pembangunan bandar yang lestari perlulah mengambil kira keadilan sosial, keperluan asas manusia, kesihatan awam, serta kelestarian persekitaran dari segi ruang dan masa.
Subscribe to:
Posts (Atom)