Sewaktu debat mempertemukan Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi
Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin disifatkan sebagai
permulaan budaya politik baru yang sihat dan matang, kita dikejutkan
dengan siri aksi brutal terhadap program Pakatan Rakyat.
Ketika rakyat masih mengingati dengan jelas perlakuan ganas polis semasa menyuraikan himpunan aman Bersih 3.0, riak kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka bakal menjadi gelanggang terburuk dalam sejarah, seperti hampir tidak dapat dielakkan lagi.
Terbaru, 24 Mei, di Pantai Dalam, media melaporkan batu dan telur berterbangan semasa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berceramah, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepala. Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis dturut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan.